Saturday 11 December 2010

Revalue Iraqi Dinar

Kebanyakan forum-forum dinar iraq di merata dunia sekarang ni membincangkan tentang pengapungan nilai dinar iraq. Pelbagai spekulasi telah dibuat yang membuatkan hati kita semakin tak tenteram nak jadi kaya. Ada yang mengatakan dinar iraq akan jadi 1 IQD = 1.50 USD, ada juga yang kata 1 IQD = 3.22 USD dan ada juga yang mengatakan 1 IQD = 5.75 USD. Apa-apa pun, kita tunggu saja lah bila dinar iraq ni nak diapungkan kat pasaran antarabangsa.

Sekarang ni sibuk orang mengatakan tarikh yang ditunggu-tunggu sama ada dinar iraq diapungkan tahun ni atau tidak. Ada dua tarikh yang ditunggu-tunggu iaitu 15 Disember ni dan 25 Disember ni. Amerika mahukan dinar diapungkan sebelum 25 disember ni!.

Apa-apa pun kita tunggu jelah yer dinar ni diapungkan. Bile dah apung nanti kaya la kepada semua pemegang duit dinar iraq tapi jangan lupa zakatkan dulu duit anda supaya lebih berkat. Jadilah Jutawan Beriman, bak kata Ali Maidin dalam blog beliau.


Sunday 5 December 2010

Pembukaan Akaun Warka Bank

Kepada yang berminat untuk membuka akaun warka bank, bolehlah menelefon saya dengan kadar segera. Pembukaan akaun serendah 300,000IQD = RM1210 hingga 1,000,000IQD = RM2150. Untuk maklumat lanjut sila lihat jadual di bawah:



Sekiranyan anada ingin membuka akaun warka bank, anda boleh membayar wang deposit terlebih dahulu seperti dalam jadual di atas. Setelah wang dalam akaun anda di warka bank telah masuk anda boleh bayar wang selebihnya dan saya akan beri nombor akaun, ID Client dan Password untuk online banking.

Dalam akaun sudah tersedia jumlah yang anda ingini dalam akaun IQD dan 150USD dalam akaun USD.


Tuesday 30 November 2010

Buka Akaun Bank di Iraq Lebih Baik

Sekarang ni ramai orang rancak nak membuka akaun kat Iraq. Ada yang beranggapan apabila kita buka akaun bank kat Iraq kita akan rasa lebih selamat. Bagi saya, apabila kita buka akaun bank di Iraq, ia akan memudahkan kita nanti. Contohnya, apabila dinar iraq dah RV, maka kita dengan senangnya akan terus transfer duit kita dari akaun bank kita di Iraq ke akaun bank tempatan kita. Jadi, saya rasa lebih baik kita buka juga akaun bank di Iraq, disamping kita pegang cash note.

Saya sendiri pun ada pegang cash note dan juga akaun bank. Jadi, dengan ada kedua-dua ni saya berasa lebih yakin. Bank yang paling top untuk kita buka akaun bank kat Iraq sekarang ni adalah bank Warka Bank. Saya sendiri pun dah buka akaun Warka Bank kat Iraq. Tengok Print Screen ni.


Gambar 1 Account Balance. Saya tutup no akaun tu untuk privacy yer, jgn salah faham. Saya tutup jumlah balance account IQD sebab saya segan la jumlah sikit je..hehe.


Gambar 2 Money Transfer. Ini adalah jumlah wang yang boleh kita transfer ke akaun USD ataupun akaun IQD.

Inilah akaun Warka Bank yang aku dah buka. Jadi, saya ingin maklumkan kepada anda semua yang saya akan memulakan perkhidmatan membuka akaun Warka Bank. Kepada sesiapa yang berminat ingin membuka akaun Warka Bank boleh la menghubungi saya.

Proses, cara, jumlah dan lain-lain perkara tentang pembukaan akaun Warka Bank akan saya beritahu pada posting akan datang. Kepada yang berminat untuk membuka akaun boleh hubungi segera. Charge yang akan saya kenakan adalah lebih murah berbanding orang lain.

Jumpa lagi di lain masa.


Tuesday 23 November 2010

Iraq Akan Menyertai WTO Akhir 2011

Dah lama rasanya saya tak update tentang dinar iraq. Di sini saya ingin berkongsi sedikit pandangan dan perkembangan terbaru Iraq. Setelah anda selesai membacanya, anda fikir-fikirlah sendiri. Ini hanya pandangan saya sahaja. Kalau salah, tolonglah perbetulkan ya.

Spekulasi tentang pengapungan dinar semakin rancak sekarang ni. Dalam forum-forum berkaitan dengan dinar iraq, bermacam-macam spekulasi ada. Ada berita baik yang saya dengar Iraq akan menyertai WTO. Tau ke apa dia WTO?. Kalau tak tau tengok website WTO ni. Bagi sesebuah negara ingin menyertai WTO, polisi moneterinya perlulah bersifat global. Salah satu ciri global ialah, matawang sesebuah negara itu mestilah diterima di pasaran antarabangsa, pendek kata matawang itu terapaung atau laku di pasaran. Jadi, macam Dinar Iraq ini akan diapungkan tidak lama lagi. WTO adalah singkatan daripada (World Trade Organization). Bagi saya, WTO itu adalah satu badan atau organisasi antarabangsa yang mengawal perdagangan dan undang-undang perdagangan di antara negara-negara di dunia ini. WTO ni telah pun ditubuhkan secara rasminya pada 1 Januari 1995 dibawah Marrakech Agreement menggantikan General Agreement on Tariffs and Trade (GATT) yang telah pun diguna pakai semenjak dari tahun 1948.

Jadi, berdasarkan perkembangan ini, Dinar Iraq mungkin akan diapungkan tidak lama lagi. Mungkin akan diapungkan pada akhir 2011 atau mungkin lebih awal lagi. Apa yang lebih penting adalah berdasarkan ekonomi negara Iraq itu sendiri yang akan menjadikan Dinar Iraq akan diapungkan. Sama-samalah kita tunggu.

Kepada anda yang hendak membeli dinar iraq, masih lagi sempat sebelum dinar iraq diapungkan. Sekiranya anda hendak membeli dinar iraq selepas dinar diapungkan, anda sudah terlambat. Jadi, jangan buang masa lagi, hubungi saja saya dengan segera.


Wednesday 3 November 2010

Teori Pengapungan Dinar Iraq

Ramai bertanya tentang istilah "apung" atau float sesuatu matawang. Semua negara membenarkan matawangnya diurus niagakan dalam pasaran dunia. Pasaran akan menentukan nilai sesuatu matawang berasaskan ekonomi negara itu sendiri dan ekonomi dunia. Apabila sesuatu negara tidak stabil politik dan ekonominya, maka mata wangnya akan ditarik dari "apungan". Selepas pulih semula, maka wang itu akan diapungkan semula.

Bagi negara yang yakin dengan kestabilan ekonomi negaranya, maka matawang mereka akan diapungkan. Dalam kes Malaysia, pada tahun 1998, RM ditarik dari apungan dan diikat atau ditambat pada harga RM 3.80 bersamaan 1 USD, lantaran Malaysia tidak sanggup melihat matawangnya terus merudum. Pada tahun 2005, selepas mengambil kira kekuatan ekonomi negara, Bank Negara Malaysia telah menarik tambatan itu. Kini RM 3.10 = 1 USD.

Dalam kes Iraq, matawangnya merudum akbat serangan tentera US pada 2003. Dari nilainya 1 Dinar bersamaan USD 0.30, jatuh ke harga tak sampai 1 sen USD. Wang ini ditarik dari apungan pada 2003. Pembinaan semula ekonomi Iraq sejak 2003 hingga kini telah menaikkan dan mengukuhkan kewangan Iraq. Menteri Kewangan Iraq sendiri telah mengatakan dinarnya wajar dinilai semula. Ramai ahli ekonomi mengatakan nilai Dinar sebenarya ialah USD 0.85. Jika Bank Negara Iraq bersetuju matawang ini dinilai semula (RV) dan diapungkan, maka dengan mudah ianya akan bermula dengan harga USD 0.30 dan menaik sekelip mata ke USD 1.00. Malah ada juga yang yakin USD 3.40 = 1 IQD.

Sesuatu matawang yang telah diapungkan dipasaran memberi implikasi seperti berikut:

i. Matawang itu dijadikan sebagai tukaran mendapat matawang asing yang lain sebagai perbelanjaan di luar negara. Misalnya RM boleh di tukar ke Dollar Singapura di Singapura, atau Baht di Thailand atau Yen di Jepun. Begitu juga jika dengan Dinar Iraq, apabila diapungkan nanti, maka ianya boleh di tukarkan di mana-mana negara yang kita akan berurusan.

ii. Sesuatu negara boleh menjadikan matawang itu sebagai reserve negara jika diyakini nilainya stabil atau berpotensi lebih menguat lagi pada masa hadapan. Misalnya Malaysia menyimpan pelbagai matawang asing sebagai reserve. Matawang Euro, Pound Britain, dan Yen Jepun adalah antara pilihan matawang yang disimpan sebagai reserve oleh negara kita dan juga negara-negara lain dalam dunia ini.

iii. Matawang yang sedia terapung juga boleh digunakan untuk pembayaran import dan pembayaran hutang sesuatu negara. Misalnya Malaysia boleh gunakan reservenya dalam USD atau Yen untuk membayar hutang luar Malaysia. Maknanya sesuatu negara itu tidak semestinya menggunakan matawang mereka sendiri sebagai alat pembayaran. Mereka boleh gunakan matawang asing yang mereka simpan atau yang dibawa masuk oleh peniaga atau pelancung asing ke negara mereka. Lantaran itulah industri pelancongan digalakkan supaya matawang asing masuk ke negara ini atau urusan ekspot dibuat melalui tukaran USD.

Dengan pemahaman diatas, anda tidak perlu khuatir akan kemampuan Iraq menyerap dan membeli semula dinarnya yang kini berada di luar Iraq. Dinar Iraq yang akan diapungkan nanti, secara otomatik akan digunakan oleh dunia sebagai tukaran dalam perdagangan antara negara dalam dunia, atau sebagai reserve sesuatu negara dan sebagai matawang membayar hutang. Masa apungan semakin dekat kerana ianya telah melalui tempoh 7 tahun.Tempoh masa antara 7 ke 10 tahun adalah masa yang manasabah dinar Iraq akan diapungkan.

Dan anda sebagai penyimpan Dinar Iraq di negara ini sebenarnya secara tidak langsung membantu negara membuat satu reserve yang berpotensi terlalu tinggi nilainya. Tidak hairanlah Amerika meluluskan undang-undang supaya rakyatnya boleh membeli dan memiliki dinar Iraq secara teratur.

Jika nilai Dinar Iraq naik ke satu sen USD pun, anda akan untung 100%. Tetapi majoriti meramalkan Dinar Iraq akan naik ke USD 0.30. Apa pun jikalau naik satu sen USD atau USD 0.30, tetap berbaloi-baloi untungnya. Isunya ialah masa, untuk dinar diapungkan.

Pelbagai teori asas digunakan dalam meramalkan bilakah wang ini akan diapungkan di pasaran antarabangsa.

Asas Pertama - Teori Pusingan Ekonomi

Teori ini mengandaikan pusingan sesuatu ekonomi ialah 7 tahun atau 10 tahun. Matawang yang jatuh akan kembali semula ke nilai asal selepas 7 atau 10 tahun. Jika 7 tahun, maka pada tahun ini lah Dinar akan diapungkan. Ada yang meramalkan selepas pembentangan Baget Iraq 2011 pada akhir tahun ini iaitu pada bulan november ini. Ada juga yang meramalkan pada hujung tahun ini. Maka tidak hairan sekali jika ada peramal dalaman Iraq yang menggerentikan DINAR AKAN NAIK PADA FEBRUARI 2011,

Asas Kedua - HASIL MINYAK IRAQ

Jika andaian Teori Pusingan Ekonomi 10 tahun, maka Dinar akan naik pada 2013. Andaian ini bersamaan dengan Asas Kedua, mengapa Dinar akan naik iaitu kerana HASIL MINYAK IRAQ. Pada 2013, keluaran minyak Iraq dijangka 5 ke 7 juta tong sehari. Maka ianya suatu yang amat logik. Apakah Iraq yang mengeluarkan minyak 5 atau 7 juta tong sehari lebih lemah nilai mata wangnya berbanding dengan RM, dalam keadaan Malaysia hanya mengeluarkan minyak 700,000 tong sehari. Maka nilai Dinar Iraq paling kurang hendaklah bersamaan RM 1.00.

Maka jika Iraq tidak mengapungkan matawangnya, maka Iraq akan mengamalkan ekonomi songsang kerana Iraq membiarkan matawangnya tidak laku di pasaran walhal nilai matawangnya amat tinggi nilainya. Apabila Malaysia menambat RM pada 1998, ianya terpaksa dilepaskan pada 2005 kerana matawangnnya makin menguat. Dasar mengapungkan wang adalah satu dasar utama sesuatu negara. Tambahan pula Iraq adalah negara yang tinggi nilai hasil dan eksportnya.

# Masih sempat lagi untuk anda memiliki dinar iraq pada waktu sekarang.
# Saya masih lagi menjual dinar dengan note yang baru.
# Telefon atau SMS saja saya 0179479575 (Mutalib).

Tags:


Monday 1 November 2010

Kenapa Perlu Beli Dinar Iraq Dengan Saya?

Kenapa anda perlu beli dinar iraq dengan saya?

1. Saya adalah antara penjual dinar iraq yang termurah di pasaran.
2. Note yang dijual adalah note yang baru.
3. Note yang dijual adalah dijamin tulen.
4. Penghantaran adalah melalui pos laju atau pun courier GDEX.
5. Kos penghantaran adalah percuma.
6. Penghantaran mengambil masa 2-3 hari waktu bekerja.
7. Wang anda boleh bank in melalui Maybank dan CIMB Bank.
8. Mudah dan pantas.

Telefon atau SMS saja saya dengan segera.
017 9479575

For Your Life Success,

Mutalib


Nilai Dinar Iraq

Nilai Dinar Iraq sebelum 1990 ialah 1 Dinar = USD 3.20. Pada ketika itu, Dinar Kuwait juga bernilai 1 Dinar = USD 3.40. Semasa Perang Iraq Vs Kuwait pada 1990, Dinar Kuwait jatuh merudum ke USD 0.30. Pada 2003, Dinar Kuwait melonjak semula ke USD 3.40. Maka pakar ekonomi meramalkan nilai Dinar Iraq pun akan melonjak sama ke USD 3.20.

Berdasarkan fakta sejarah seperti mana yang pernah berlaku di Kuwait dan Afghanistan. Kami sebenarnya bukan pakar penasihat kewangan. Kami hanya merupakan agen yang menjual set Dinar IRAQ sebagai koleksi yang boleh menjana potensi pada masa akan datang.

Apa yang pernah berlaku kepada Kuwait sebelum in ialah, nilai Dinar Kuwait menjunam sehingga USD 0.10 bagi setiap 1 Dinar Kuwait, kini nilai 1 Dinar Kuwait = USD 3.39. Lihatlah keajaiban yang berlaku dan sudah tentu orang yang memborong Dinar Kuwait semasa nilainya rendah amat beruntung.

# Jangan buang masa anda. Cepat-cepatlah beli dinar iraq sekarang. Peluang sekali seumur hidup. Selepas dinar iraq diapungkan, peluang sudah ditutup.


Harga Dinar Iraq

Berikut adalah harga dinar iraq. Harganya masih sama cuma untuk lebih detail lagi. Telefon atau sms saja saya di 017 9479575 (Mutalib).



1. Note yang saya jual adalah note baru.
2. Note yang dijual juga dijamin tulen.
3. Penghantaran adalah melalui pos laju ataupun courier GDEX.
4. Kos penghantaran adalah percuma.


Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More